emadrasahbw500

Bangunkan AL YAKIN (Percaya), Suburkan AT TASLIM (Serah Diri) & Kobarkan AT TADHIYYAH (Rela Berkorban)

Khusus buat Allah

Jadi sebahagian daripada ahli komuniti pencinta ilmu Islam era baru, bertalaqqi, mendalami dan melaksanakan secara praktikal ilmu bersumber Al-Quran dan Sunnah

Mulakan perjalanan menjadi Muslim Sejati hari ini

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Surat Az Zariyat Ayat 56

Bangunkan kesedaran untuk menjadi Muslim Sejati, taqarrub dengan Allah dan dalami ajaran Islam komprehensif berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama muktabar melalui pengisian para pakar berkredibiliti di sini.

Siapa Kami?

PNG-1080px

eMadrasah adalah platform pembelajaran Islam alaf baru yang dibangunkan oleh eHajj Academy, salah satu  akademi di bawah pengurusan FINE Training Academy Sdn Bhd. Ia dibangunkan bagi menyediakan ruang pembelajaran ilmu Islam yang autentik berdasarkan rujukan sahih daripada Al-Quran,  Sunnah dan Ijmak ulama. eHajj Academy menghidangkan buat Anda pelbagai pilihan pengajian bermodul dan berstruktur bagi menjadikan para pelajarnya faham dan mempraktiskannya dalam kehidupan.

Para pakar kami di kalangan kumpulan asatizah yang diperakui kredibiliti ilmunya dan kualiti penyampaiannya. Jadikan platform ini sebagai permulaan kepada membangun diri menjadi Muslim sejati berdasarkan amalan para Rasul dan salafussoleh.

Rakan Kerjasama

Pengajian Januari 2025 | Pendaftaran Dibuka Sekarang

Kami dengan sukacitanya mengumumkan pendaftaran untuk pengajian Januari 2025 dibuka sekarang. Setiap bulan kami akan memperkenalkan dua pengajian baru khusus untuk meningkatkan pengetahuan Anda dalam ilmu khusus Islam. Sertai sekarang!!

posterpetakprogramkuliahpemikiran

PENDAFTARAN DIBUKA

Pengajian Kuliah Ilmu Fikrah Islamiah: Pemikiran Islam di Alam Melayu akan bermula pada 9 Januari 2025. Daftar diri sekarang dan dapatkan TAWARAN KHAS BUAT ANDA.

2

PENDAFTARAN DIBUKA

Pengajian Kuliah Ilmu Fiqh Solat Komprehensif Cara Rasulullah akan bermula pada 7 Januari 2025. Daftar diri sekarang dan dapatkan TAWARAN KHAS BUAT ANDA.

Pengajian Ilmu Islam Berijazah

Kami menyediakan pilihan pengajian mengikut keperluan dan kehendak pelajar kami yang budiman. Kesemua pengajian ini akan diijazahkan ilmunya oleh para pakar yang memberikan pengajaran secara digital. Bidang pengajian adalah sepertimana berikut:

Pengajian Sedang Berjalan

Pengajian Akan Datang

Soalan Lazim

emadrasahbw500

eMadrasah By eHajj Academy

eHajj Academy adalah akademi di bawah pentadbiran FINE Training Academy Sdn Bhd yang beribu pejabat di 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Sudah beroperasi sejak tahun 2009 dan mengendalikan kursus secara online dan offline kepada organisasi besar kerajaan dan swasta di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura